Jenis tteokbokki yang berlainan Tteokbokki

Disebabkan kepopularan tteokbokki, terdapat banyak jenis tteokbokki yang diwujudkan. Seperti makanan popular lain, tteokbokki melalui pelbagai jenis perubahan dan gabungan. Sebagai contoh, tteokbokki dengan sos kutlet daging. Terdapat jenis lain yang dikenali sebagai "Shanghai Topokki" yang menggantikan sos cili tradisional dengan sos tiram Cina yang terkenal. Salah satu gabungan tteokbokki yang terkenal di kalangan rakyat Korean ialah rabokki, gabungan tteokbokki dan ramyeon (ramen versi Korea). Bagi mereka yang sibuk, tteokbokki dijual dalam bentuk yang dicucuk dengan lidi yang dipanggil “Tteok kkochi”. “Tteok kkochi" lazimnya digoreng berbanding direbus dan sosnya berlainan sedkit. Terdapat banyak lagi versi gabungan untuk tteokbokki, seperti tteokbokki kari, tteokbokki makanan laut, tteokbokki pasta, tteokbokki keju, tteokbokki ayam, dan lain-lain.[8]

Tteokbokki sos krim (atau tteokbokki Carbonara)[9] pula ialah gabungan sos Carbonara gaya Korea dengan kek beras yang berlainan dari kebiasaan sosnya yang merah dan pedas.

Rujukan

WikiPedia: Tteokbokki http://themoodkitchen.blogspot.com/2013/07/tteokbo... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2009/... http://www.cnngo.com/explorations/eat/asia-street-... http://www.cnngo.com/seoul/eat/search-spiciest-dis... http://news.kukinews.com/article/view.asp?page=1&g... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.samna.co.kr/tlreks/tls182.htm http://www.clickkorea.org/Food/foodView.asp?idx=27... http://www.konglishkitchen.blogspot.co.uk/2012/08/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Tteokb...